Sejarah penubuhan ETM PRIMA SDN. BHD. dahulunya dikenali sebagai Emizan Trading & Marketing yang ditubuhkan pada 1995 merupakan syarikat pemilik tunggal yang beroperasi di Kuala Terengganu. Pada 2005, Emizan Trading & Marketing membuka cawangan di Pudu, Kuala Lumpur.
Sekitar 2009, Emizan Trading & Marketing telah dinaiktaraf kepada syarikat sendirian berhad di atas nama ETM PRIMA SDN. BHD. yang telah didaftarkan secara rasmi di bawah Akta Syarikat 1965 pada 19 Februari 2009.
ETM PRIMA SDN. BHD. telah didaftarkan pada 19 Februari 2009 dan dilindungi oleh Memorandum and Articles (M&A) dibawah Akta Syarikat 1965. Syarikat ini dimiliki 100% Bumiputera. Syarikat
ini juga mempunyai Sijil Kementerian Kewangan Malaysia dan lesen cetak dari Kementerian Dalam Negeri (KDN). Syarikat ini menyediakan perkhidmatan percetakan am, percetakan digital, typesetting dan grafik, penjilidan dan perniagaan yang memasarkan produk cenderamata, hadiah, alat tulis, bahan bacaan, peralatan dan kelengkapan pejabat, pakaian sukan, baju korporat, pengiklanan dan billboard.
Syarikat juga memberi fokus untuk perkhidmatan pengurusan acara yang berkualiti. Skop perkhidmatan yang diberikan seperti sound system, LED Screen, Multi Camera production, khemah, hiasan pentas, gimik perasmian dan pelancaran, penyediaan jamuan, penyediaan montaj dan pengurusan artis.
ETM PRIMA SDN. BHD. mengutamakan mutu dan kepuasan pelanggan dalam menyediakan perkhidmatan. Oleh itu syarikat telah mengarah kepada sasaran kerja profesional di kalangan anggota pekerja. Komunikasi dan kerja berpasukan ke arah satu wawasan adalah kunci perkhidmatan.
Keperluan dan kepuasan pelanggan dalam menyediakan perkhidmatan yang cemerlang menjadi tanggungjawab syarikat. Justeru itu, pengalaman syarikat untuk menghasilkan mutu output yang terbaik dengan memanipulasikan teknologi, seni dan kepakaran. Syarikat terbukti mampu untuk menyelesaikan masalah dibidang yang diceburi.
Dengan adanya pengalaman yang luas dalam bidang tersebut syarikat mampu merealisasikan serta memudahkan kehendak dan impian pelanggan dalam masa yang singkat.
“Kreatif dan Inovatif” Ke arah menjadi sebuah syarikat bumiputera yang efisyen, berprestasi tinggi dan berdaya saing.
• Menghasilkan produk yang berkualiti tinggi.
• Jaminan harga yang kompetitif dalam semua perkhidmatan yang
diberi.
• Memenuhi spesifikasi perkhidmatan yang efektif dan berteraskan
kepuasan pelanggan.
• Menyediakan kumpulan pengurusan warga kerja yang komited,
cekap dan amanah dalam menyokong operasi syarikat.
• Berurusan dengan lebih efisien dan profesional terhadap pelanggan.